Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Aku Seorang Manusia Yang Inginkan Kebahagiaan Seperti Orang Lain

Sejak kebelakangan ni, aku banyak bersedih hati. Banyak fikir, cinta, kerjaya, kehidupan. Sangat penat. Dan apa yang memenatkan lagi, bila fikir pasal lelaki iaitu pasangan hidup. Aku selalu tertanya-tanya, macam mana ye manusia boelh berkahwin? macam mana dia boleh setuju nak berkahwin? dan macam mana kebahagiaan yang dia dapat tu? Banyak sangat aku fikir sampai kan aku compare dengan diri aku. Aku tak layak ke untuk bahagia? Adakah kehidupan aku penuh dengan airmata saje? Aku ada terima seseorang. Tapi aku tak rasa bahagia yang macam orang lain rasa. Kalau aku sedih, aku heal sendiri. Kalo aku becakap, aku seolah-olah cakap dengan tembuk. Kalau aku mengadu, aku yang encourage diri sendiri. Terkadang aku rasa sangat sedih, apa guna kehadiran dia dalam hidup aku sedangkan aku masih lagi bersedih?

Aku pun tau, aku tak bagi yang terbaik untuk dia. Tapi entahlah, di sebabkan aku penah kecewa yang amat teruk rasanya aku jadi macam ni. Bila aku jumpa orang baru, aku berharap yang dia boleh jadi penenang saat aku menanguis, kaunseler saat aku jatuh. Tapi harapan aku terlampau tinggi dan aku tak dapat benda tu. Sampai kan sekarang aku dah hilang semua rasa tu. Mane pegi sayang? Mane pegi cinta? Mana pegi rindu? Sekarang semua berubah. Kehidupan aku tak seindah dulu.

Mungkin aku rasa sedih bila aku dapat tau kakak aku nak kahwin. Tambah pula bila dia bercerita tentang lelaki tu yang laki tu baik, solat awal waktu, smart, makan sopan, pandai hormat orang tua dan yang paling penting handsome. Huhhhhh.. aku tak layak ke dapat yang macam tu? Aku ni jahat sangat ke? Dari dulu lagi aku impikan kebahagiaan. Tapi sekarang aku dah besar, masih lagi mencari-cari di mana bahagia tu. Mungkin aku tak layak bahagia macam orang lain rasa. Mungkin aku hanya layak hidup dengan airmata.

Dulu sebelum aku terima dia, aku banyak murung, menangis, termenung tanpa sebab. Lepas aku terima dia, aku harap aku dapat hilangkan semua tu sebab aku tak nak lalui semua ni seorang diri. Sangat sakit. Jadi aku bergantung pada dia. Tapi,, kehidupan yang aku lalui masih sama seperti dulu. Aku menangis, murung, stress, termenung seorang diri. Aku inginkan dia sebagai penenang. Tapi dia bukan penenang aku. Setiap kali aku cakap dengan dia, selalu diam dan tiada respon.

Aku tak tau, mungkin aku tersalah buat keputusan. Dan aku kecewa lagi. Selepas 5 tahun aku single, aku tahan daripada bercinta dengan harapan aku akan jumpa orang yang betul. Rupa-rupanya aku salah. Aku kecewa untuk kali seterusnya. Allah.... aku dah tak boleh nak describe betapa sedih nya hati aku ni.

Dan sekarang aku tak tau nak decide apa. Mungkin aku hanya ikut flow, setakat mana hubungan ni boleh bertahan. Kecewa hati ni hanya Allah jelah yang tau. ;(((

Monday, December 26, 2011

Post Mortem Semester 3

Aku stat final exam 4/1/2012. Sekarang adalah minggu study. Dan sekarang aku berada di rumah. Study ke?? Haha. Buat masa sekarang belum bukak buku lagi. Okay, sebenarnya aku nak becerita apa yang aku lalui sepanjang sem 3 ni.

Korang nak tau tak, sejujurnya aku dah tak ada perasaan, mood, feeling nak sambung study. Maklumlah, cuti 4 bulan. Lepas tu kerja pulak tu. Masa tu memang mood aku nak kerja jelah. Dan aku mula berfikir, macam mana aku nak lalui sem 3 aku ni?? Padahal aku baru masuk, tapi aku tak ada semangat langsung nak belajar.

Seminggu dah berlalu sem 3, tapi aku tetap takde mood. Sampaikan aku call akak aku, aku cakap yang aku memang takde perasaan lagi nak study. Akak aku cakap, biasa lah, awal2. Dah lama-lama okay lah tu. So, aku pun bialah masa berlalu.

Finally, baru aku rasa yang sem 3 ni lah yang paling bes antara sem2 yang sebelum ni. Kenapa? Sebab ...... :

Petama - sem ni lah aku banyak keluar jalan. Masa awal2 sem, aku keluar bersama kawan sekolah lama aku.




Jalan2 lagi, padahal baru je sampai KL dari JB, melantak Domino's sampai aku hilang suara.



Kos aku ada wat trip. 2 trip pulak tu..





Trip to KLAS, KLIA





Trip to Cerebos ( Brands )

Dan banyak lagi. Malas nak letak.

Kedua - Jumaat petang tak ada kelas, wah.. heaven gila aku rasa. Lepas tu, kelas aku tiap2 ari stat kol 9. Ade gak kol 11, 12, 2. Bes kan?? Even kelas byk dkt main campus, tapi takdelah keja2 macam sem lepas. Assignment pun takde lah byg sangat. Presentation awal2 lagi dah abis.

Ketiga - Aku bersyukur dapat roomate yang okay. Sape2 yang baca blog aku ni, memang diaorang tau yang aku sangat risau nak dapat roomate baru. Takot tak sama kepala dengan aku. Alhamdulillah, doa aku di makbulkan jugak. Masa awal2 dulu tu, memang agak kekok gak nak beborak. Tak tau nak cakap apa. Lama2 oklah.. Mujurlah aku dapat roomate sama year dgn aku. Penah aku keluar dengan roomate dan ex-roomate aku pegi around KL sampai 10 minit sblm kol 12 mlm baru balik. Haha!

Keempat - Sejuk je sem ni kan. Jarang panas, tidur pun selesa.


Sem 4 nanti agak2 nye macam mana ye? Rasanye tak rasa dah hidup seindah sem 3 ni. Pasal jam kredit aku masa sem 4, 23 jam kredit. GILAK LAH!!! Nak buat macam mane. Tepaksa.. Tengok jadual aku pun, errrr, scary...

Sunday, December 11, 2011

Tanye Pada Diri

Dah lama dah aku tak buat entry baru. Tapi hari ni aku terasa nak cerita sesuatu. Actually, ade lah jugak perasaan sakit ati, geram, sedih. Argh! Never mind. Bukan berkaitan dengan aku pun.

Ni sebenarnya aku nak cerita khas untuk lelaki. Okay, bila seorang laki ni dah suka kat seorang perempuan ni, and di cuba nak tekel, tapi sayangnya dia gagal. And then buat status, aku ni tak layak ke nak bercinta? Jahat sangat ke aku ni? Then, ada jugak orang yang sanggup pergi bawak diri jauh dari Malaysia gara-gara hati terluka. Come on lah, kalau kau pegi bawak diri sampai ke overseas pun, hati kau tu boleh terubat ke? Penah tak kau befikir kenapa bende ni terjadi?

Kenapa ek tak penah terlintas dalam fikiran kau mengadu nasib kau ni kat Allah? Kenapa nak bawak diri jauh-jauh, itu yang terlintas dalam fikiran kau?

Memang, hati mana tak sedih kalau setiap kali nak tekel pompuan, tak penah nak berjaya. Please think positive lah. Memang kau rasa dia dah tebaik untuk kau, but actually she's not.

Satu hal lah aku nak bagitahu ye. Ikut lah cara orang dulu-dulu. Kalau kau suke kat seorang perempuan ni, then kau tau pompuan ni tak suke kat kau. Tapi kalau kau seorang yang berani bedepan dengan mak ayah dia dan cakap yang kau ada hati kat anak dia, hati seorang pompuan tu boleh berubah daripada tak suke menjadi suke. Seriously aku cakap. Perempuan mudah terpikat dengan lelaki yang berani jumpa dengan mak ayah dia.

Ikut lah cara islam. Islam tu indah, dia dah ajar yang terbaik untuk kita. Ni tak, nak bawak diri jauh-jauh bagai. Even kalau kau pergi jumpa mak ayah dia, tapi kene tolak jugak, it doesn't matter. Asalkan keberanian tu ada dalam diri kau. Tapi aku 100% sure, hati perempuan akan berubah.

Masa tu aku ada dengar forum pasal baju melayu bertemu baju kurung, ada sorang ustaz ni cakap :

Lelaki dulu kalau berkenan dekat sorang perempuan ni, dia terus jumpa mak ayah perempuan ni.

Tapi lelaki sekarang nak kene jemput datang rumah perempuan ni, baru nak datang.

Fikir-fikir kan lah ye kaum lelaki.. Jangan jadi seorang lelaki yang penakut.

Saturday, October 1, 2011

Biala Single, Taklah Kumpul Dosa

Kadang-kadang manusia ni single pun jadi masalah.

Pasal takde orang nak ke??

Haha. Bukanlah. Penah terfikir tak kalau kita couple kan, kita mengumpul banyak sangat dosa.

Antaranye :

Mesej - mesej bukan 1 ari 1 mesej. Mesti lah berpuluh-puluh kan. Ada jugak mencecah beratus-ratus.

Calling2 - dah tak tahan rindu. dengar suara pun jadilah. terubat rindu.

Dating - takkan punya terubat rindu juz calling2 je. Of course lah nak jumpa kan. Bila dah jumpa, mata pulak gatal memandang2, tangan pulak ada jugak yang bergerak-gerak. Pegang tangan lah, kalau lebih advance tu ada yang pegang selain tu.

Tapi sebenarnya, lumrah hidup manusia mana boleh hidup single. Dan di sebabkan itulah Allah haramkan bercinta sebelum kahwin pasal dia nak berikan yang lagi baik untuk kita.

Tak jugak orang-orang yang single tu tak keluar dating. Ada je. Tapi atas alasan..

Ala... kawan je kot. Tak salah pun nak keluar. Bukan pakwe/makwe pun.

But it's still a same thing right.

Kepada orang-orang yang single, saba lah menahan perasaan ingin bercinta. Semoga satu hari nanti Allah akan bagi yang terbaik untuk kita walaupun lambat.

Friday, August 26, 2011

Memandu Kereta


Stress! Stress! Stress! Kenapa aku tak di benarkan bawak kereta? :(

Jeles bila tengok kawan-kawan aku yang dah boleh bawak kereta sorang-sorang. Aku? Mak ayah aku dah cakap dah. Aku dah kerja, dah ada kereta sendiri baru leh bawak. Pehhh... Konfem masa tu kereta aku jadi hiasan je kat umah. Tak begerak-gerak. Mane taknye kalau dah tak berani nak bawak.

Seriously aku jeles tengok orang lain. Aku ni tak nak lah susah kan mak ayah aku nak anta pegi sini, pegi sana. At least kalau aku dah boleh bawak kereta boleh lah aku nak pegi mana-mana. Takdelah kacau masa mak ayah aku. Kalau nak pegi keluar dengan akak dengan adik, kalau nak pegi ke jusco tebrau, kene naik teksi. Aku benci naik teksi. Kene cekik abis-abis. So, kene pegi CS jelah naik bas. Abis tak nak susah kan mak ayah. Pegi jusco tebrau nak suruh ambil dengan anta nanti mengacau pulak.

Nasib lah kau mimie... Lesen kau tu juz nak penuhkan purse kau je. ;(

manager aku nasihatkan aku : kau kalau bawak kereta kat U tu, jangan lah buat status dekat FB. Nanti mak kau baca. Agak-agaklah nak buat kerja jahat pun.

Akan di pertimbangkan.... :)

Berbuka Puasa Bersama Budak Kelas 5AR


Boleh di katakan sebagai reunion jugak. Haha! Setelah di bincang, last-last makan kat KFC Pasir Gudang. KFC??? Maigaaddd... Dah bosan dah. Haha. KFC PASIR GUDANG??? Maigaadd lagi... Tempat keje aku?? Hahaha! Aku seronok dapat jumpa staff2 KFC semalam. Rasa hepi sangat. Ikutkan hati aku nak je masuk dalam pastu jumpe diaorang kat dalam.

Dah banyak perubahan dah. Maklumlah, nak dekat raya kan, macam2 hiasan aku tengok. Haha. Aku sendiri pun tak tau nak order apa dah. Semua bende dah makan. Last-last, order OR Quarter Chicken. Nak tolong naikkan sale. :)

Bebalik pada kawan sekolah pulak. Mula-mula ingatkan ramai tak datang. Last-last ramai pulak. Aku dahlah reserve utk 10 org je. Tapi memang kecoh lah diaorang semua semalam. Seronok. Bedouble-double seronok aku semalam.

InsyaAllah akan datang akan buat reunion lagi. Dan insyaAllah aku akan datang KFC semula kalau aku balik umah nanti. :)

Thursday, August 25, 2011

R.O.O.M.A.T.E

Best Room Mate Ever

Sekarang perkara ni tengah bermain di fikiran aku. Aduh... Seriously aku risau gler. Nape ek?? Hmm... Aku harap-harap lah aku dapat roomate yang okay.

Aku takdelah nak roomate yang kaya, yang boleh belanja aku macam-macam. Aku takdelah nak roomate yang HOT, yang buat aku pun famous sekali. Aku tak mengharap sangat roomate yang pandai. Kalau dapat, Alhamdulillah lah. Boleh tolong aku.

Aku juz nak roomate yang boleh di bawa beborak, yang bila aku duduk satu bilik dengan dia takdelah aku rasa tak tenang. Aku nak roomate yang satu kepala dengan aku. Haha. Hubungan dengan cousemate memang kene jaga jugak. Pasal kalau ada keje kumpulan takdelah masing-masing buat hal sendiri.

Tapi kita lebih banyak spend masa dalam bilik bebanding kelas. So, kalo duduk dalam bilik rasa tak tenteram je, tu yang ada bejalan pegi bilik orang tu.

Apa yang aku mampu buat sekarang, berdoa jelah supaya dapat yang terbaik untuk aku. Aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...