Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Aku Seorang Manusia Yang Inginkan Kebahagiaan Seperti Orang Lain

Sejak kebelakangan ni, aku banyak bersedih hati. Banyak fikir, cinta, kerjaya, kehidupan. Sangat penat. Dan apa yang memenatkan lagi, bila fikir pasal lelaki iaitu pasangan hidup. Aku selalu tertanya-tanya, macam mana ye manusia boelh berkahwin? macam mana dia boleh setuju nak berkahwin? dan macam mana kebahagiaan yang dia dapat tu? Banyak sangat aku fikir sampai kan aku compare dengan diri aku. Aku tak layak ke untuk bahagia? Adakah kehidupan aku penuh dengan airmata saje? Aku ada terima seseorang. Tapi aku tak rasa bahagia yang macam orang lain rasa. Kalau aku sedih, aku heal sendiri. Kalo aku becakap, aku seolah-olah cakap dengan tembuk. Kalau aku mengadu, aku yang encourage diri sendiri. Terkadang aku rasa sangat sedih, apa guna kehadiran dia dalam hidup aku sedangkan aku masih lagi bersedih?

Aku pun tau, aku tak bagi yang terbaik untuk dia. Tapi entahlah, di sebabkan aku penah kecewa yang amat teruk rasanya aku jadi macam ni. Bila aku jumpa orang baru, aku berharap yang dia boleh jadi penenang saat aku menanguis, kaunseler saat aku jatuh. Tapi harapan aku terlampau tinggi dan aku tak dapat benda tu. Sampai kan sekarang aku dah hilang semua rasa tu. Mane pegi sayang? Mane pegi cinta? Mana pegi rindu? Sekarang semua berubah. Kehidupan aku tak seindah dulu.

Mungkin aku rasa sedih bila aku dapat tau kakak aku nak kahwin. Tambah pula bila dia bercerita tentang lelaki tu yang laki tu baik, solat awal waktu, smart, makan sopan, pandai hormat orang tua dan yang paling penting handsome. Huhhhhh.. aku tak layak ke dapat yang macam tu? Aku ni jahat sangat ke? Dari dulu lagi aku impikan kebahagiaan. Tapi sekarang aku dah besar, masih lagi mencari-cari di mana bahagia tu. Mungkin aku tak layak bahagia macam orang lain rasa. Mungkin aku hanya layak hidup dengan airmata.

Dulu sebelum aku terima dia, aku banyak murung, menangis, termenung tanpa sebab. Lepas aku terima dia, aku harap aku dapat hilangkan semua tu sebab aku tak nak lalui semua ni seorang diri. Sangat sakit. Jadi aku bergantung pada dia. Tapi,, kehidupan yang aku lalui masih sama seperti dulu. Aku menangis, murung, stress, termenung seorang diri. Aku inginkan dia sebagai penenang. Tapi dia bukan penenang aku. Setiap kali aku cakap dengan dia, selalu diam dan tiada respon.

Aku tak tau, mungkin aku tersalah buat keputusan. Dan aku kecewa lagi. Selepas 5 tahun aku single, aku tahan daripada bercinta dengan harapan aku akan jumpa orang yang betul. Rupa-rupanya aku salah. Aku kecewa untuk kali seterusnya. Allah.... aku dah tak boleh nak describe betapa sedih nya hati aku ni.

Dan sekarang aku tak tau nak decide apa. Mungkin aku hanya ikut flow, setakat mana hubungan ni boleh bertahan. Kecewa hati ni hanya Allah jelah yang tau. ;(((

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...