Photobucket

Friday, August 19, 2011

Bila Dah Masuk Dunia Bekerjaya


Tak dapat di nafikan satu hari nanti kita akan ke dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan yang sebenar kita dapat pelbagai ragam yang ada. Jadi, jangan rasa pelik pulak kalau pekara ni berlaku kat korang.

Experience from the Temporary Workers. Just want to share. :)

FOR EDUCATED PERSON

Korang dah sememangnya akan berpangkat BESAR. Gaji pun rabak. Tapi, orang yang berjawatan bukan senang. Kalau orang bawahan korang wat kerja tak betul, salah, tak memuaskan hati, ikut suka hati, buat kerja cincai dan sebagainya, korang yang bertanggungjawab yang akan jawab dengan orang atasan. Mane tak tension beb nak orang lain punya salah, kau yang kene jawab. Dan untuk orang yang berjawatan besar ni jugak, fizikal dia akan penat pasal dia banyak berfikir.

Kalau pengambilan pekerja, korang lah yang akan inteview dan pilih mana nak ambil sebagai pekerja. So please, ambil lah pekerja yang boleh bekerja. Tak lah korang pening kepala dengan kerenahnya.

PERANGAI STAFF

Staf2 ni ada macam ragam. Ada macam ni, ada macam tu. Ada yang suka cakap belakang, ada yang suka buat hal sendiri, ada yang rasa dia je betol dan macam-macam lagi. So, kene kuat lah lalui semua ni. Biasalah, dunia bekerja macam tu lah. Kalau nak rasa nak kerja lama, buat dang jelah apa orang cakap. Jangan ambil hati.

BUAT KERJA TAK BETUL

Konfom boss akan marah-marah kan bila ada salah. So, tabahkan lah hati kalau kene marah. Aku akui, memang tension pun kene marah. TENSION! Tapi saba jelah. Even kau buat kerja bersungguh-sungguh, tapi jangan ingat boss kau akan puas hati atau puji kerja kau. So, banyak-banyak lah besabar.

Apa2 pun, buat jelah yang terbaik. Kene marah pun, kene kuat jugak. Jangan menyerah.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Haa... korang ingat takde ke gangguan seksual ni? Haha. Jangan teperanjat lak kalau pekara ni berlaku kat korang. Seriously, perkara ni memang ada. Macam mana nak atasi nye? Nak mengadu kat boss? Haha. Aku pun tak tau lah nak buat macam mana. Kau buat bodoh jelah. Tak payah layan. Selalu benda macam ni lelaki lah yang selalu buat. Dia memang suka cerita bende kuning-kuning ni. Pengalaman aku bekerja memang penah kene lah macam ni. Laki2 memang suka gurau2 kuning. Aku pun tak tau lah nak wat camne lagi. Haha.

SPEAKING IN ENGLISH MOST IMPORTANT

Bahasa Inggeris penting wey sekarang. Teramat-amat lah penting. Kalau tak pandai, you'll get lost. Tapi kalau setakat tahu je tak boleh. Speaking penting. PENTING! Pengalaman aku nak ambil customer foreigner kat KFC tegagap-gagap aku nak cakap. Adoii...

SOLAT JANGAN TINGGAL

"Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil endah tentang waktu solatnya"

Jangan terperanjat eh. Orang sekarang ni ramai yang dah tak ambil endah pasal solat. Alasan, sibuk bekerja. Pengalaman aku bekerja, jarang sekali aku nampak diaorang pegi solat. Aku takdelah nak kata aku baik. Tapi itulah hakikatnya.

Mula-mula kerja memang lah nampak kerajinan tu pegi solat. Tapi dah lama bekerja jadi malas. Tak boleh macam tu. Duit gaji yang kita dapat tu rezeki dari Allah. Jadi, kene jangan lah lupa dia. Pasal dia yang memberi rezeki kat kita. Kau tak solat, ada kau tak dapat gaji? Still dapat kan. Sebab tu kita kenelah besyukur dengan rezeki dia. Dia ingat kita, nape kita takleh nak ingat dia.

So, be prepare nak masuk ke dunia pekerjaan nanti. Goodluck! :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...