Photobucket

Saturday, August 13, 2011

Sudah Pencen


13 Ogos 2011, genap sudah aku berkhidmat di KFC Pasir Gudang selama 3 bulan. Dan tamat sudah perkhidmatan aku di sini. Dari mula aku bekerja di sini, aku cukup tak suka sehinggakan makin lama makin tetarik bekerja di sini.

Mula-mula tu memang rasa macam nak cepat je masa 3 bulan tu berlalu. Memang tension keje situ. Kene marah, apa yang aku buat semuanya tak kena. Ade je benda nak cakap. Ade gak dalam hati ni nak resign je. Tapi aku fikir balik, target aku cuti sem ni nak kumpul duit, so macam mane pun kene saba lah.

Aku sebagai cashier masa tu. Cukup rendah keyakinan diri aku. Nak ambil customer, seriously memang teketap-ketap mulut aku ni. Takot seh.. Haha! Tak sampai sebulan aku keje, aku kene turun CSC. Pasal menggantikan orang yang dah resign.

Aku berani cakap, konfem semua staf kat kfc tu tak suke dgn aku. Pasal..... Aku SOMBONG. Haha! Aku dah biasa lah ayat camtu. Aku sebenarnya tak sombong. Biasalah, aku ni sangat payah nak cari kawan dan nak bekawan. Mulut aku ni tak reti nak becakap. Ikut mood ar.

Sometimes, masa tu berlalu macam tu jekan sampai kan aku pun tak sedar macam mana aku boleh suke keje dekat situ. Aku mula rapat dengan staf2 di situ sampaikan aku sentiasa kene kacau. KAH3!

Ade sedikit gangguan seksual lah kat situ. Haha. Laki-laki kat situ memang agak KEKUNINGAN. Tapi nak wat camne. Aku lah kot yang kuat menjerit kat KFC tu. Mane tak nye, kene gangguan seksual. Tapi aku tau diaorg gurau2. Aku ni pulak jenis suke betekak dengan lelaki.

Last day aku kat situ, masa tu Sir Brown dan Sir Jupfri balik petang. Sebelum diaorg balik aku mintak maaf kalo ade salah silap. Entah macam mane, ati aku boleh tersentuh pulak. Adoi.. Begelinang airmata aku. Entah, aku sayang nak tinggalkan KFC. ;(

Malam tu, memang kene lah aku. Tak pasal2 manager aku yang stat perang. Haish! Gler geram aku. Dia dah standby air D4 + ais. Aku plk dah standby air minuman customer yg tak habis + sup. Memang dah nak kene dah kat dia, malangnye dia tepis jag aku. Tu yang wat aku makin geram. Pastu, dia kurung dalam ofis. Pehh... Makin panas seh aku. Takpe, aku saba lagi.

Sekejap lagi, uzair datang. Tbe-tbe je, dia ketuk pale aku. Aku ingat kan ape. Rupe-rupenye dia baling telur kat aku. Siot tol lah. Aku geram, kejar ar. Pstu tumbuk2 belakang badan dia. Haha. Lepas tu, aku siram dia air + pota + gravy. Pstu aku baling pota kat dia. Hahahaha! Tak lama lepas tu serangan telur yang kedua. Pehh.. Geram je. Aku ape lagi, baling jag plastik tu memang kene tepat belakang dia. Hahaha!!

Manager aku, aku juz renjis air panas je kat dia. Haha. Kene sikit pun jadilah psl aku kesian kat dia. Dia balik jauh kan.Yang kene dengan aku malam tu uzair dgn mail. Aku tau, aku akan kene lebih dasyat lagi kalau sir jupfri dgn sir brown ade. Hoho. Nasib baik diaorg takde.

Tapi, kenangan tu lah yang aku ingat dan membuatkan aku tersenyum sorang2. ;)
Rindu kat diaorg semua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...