Photobucket

Saturday, August 20, 2011

Belajar Tinggi-Tinggi, Akhirnya Duduk Dapur Jugak


Memang tak di nafikan lagi, perempuan memang kene pandai memasak. Kalau tak pandai masak, kaum kita sendiri akan pandang serong dekat kita. Apa tah lagi lelaki. Salah satu ciri yang ada pada perempuan yang lelaki nak buat isteri adalah pandai memasak. Dengan masakan nya dapat memikat hati lelaki.

Kajian mengatakan, kebanyakan wanita yang berpelajaran tinggi tidak tahu memasak. Memang betol. Aku sendiri pun sokong statement tu. Semua nya sebab sibuk bekerja. Hmm...

Bila bercerita tentang perempuan yang berpelajaran tinggi ni, ada orang yang mengatakan " belajar tinggi-tinggi pun last-last ke dapur jugak." Memang lah betol. Pasal tu salah satu tugas wanita. Tapi kene ingat, tugas isteri dalam islam TIDAK ADA tercatat "isteri perlu pandai memasak". Apa tugas isteri sebenarnya? Tugasnya hanya berhias untuk sang suami.

Tapi mengikut adat memang isteri kene pandai masak pasal nak bantu lelaki yang penat bekerja.

Bebalik kepada statement PEREMPUAN BELAJAR TINGGI-TINGGI, LAST-LAST MASUK DAPUR JUGAK. Abis, perempuan tak yah belajar tinggi-tinggi lah? Lepas abis SPM je terus buat preparation nak jadi isteri. Then, tunggu je orang masuk meminang. Macam tu?

Dalam islam ada mengatakan "tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina". Ini tak bermaksud perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. For what belajar tinggi-tinggi? Ini untuk menuntut ilmu. Bukan hanya nak ada Degree/Master/PhD nak demand gaji tinggi-tinggi. Tapi perempuan sekarang nak lebih maju daripada lelaki. Bape ramai nisbah lelaki dan perempuan dalam sesebuah universiti? Jauh berbeza.

Menuntut ilmu tak salah. Ilmu perlu di cari kerana itu salah satu Fardhu Ain. Masuk dapur tetap masuk dapur. Tapi tu bukanlah sekatan untuk perempuan pergi lebih jauh. Jadi, tak payah lah wat statement macam tu. Seolah2 perempuan ni tak perlu belajar tinggi-tinggi.

p/s : kalau lelaki tak respect perempuan tak pandai memasak, perempuan pun tak respect lelaki tak boleh jadi imam.

Aku bukan nak kutuk lelaki, tapi aku cakap perkara yang betol. Maaf kalau ada yang terasa. :)

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...