Memang seronok lah makan-makan semalam. Balik umah nak dekat 1 pagi kan. Pehh.. hari ini dalam sejarah beb. Hahahaha. Tak penah kot. Thanks kepada sesiapa yang berlanja tu.
Ni tempat keje aku. Aku dekat KFC sebagai Customer Service. Jadi, ni lah department aku. Luaskan? Tapi tak seluas KFC Drive Thru Pasir Gudang. Ni kira bersyukur lah takde tandas, playground. Kalau ade, ma'ai, tak ke mati aku nak kene cuci tiap-tiap hari.
31 Julai ni, tamat lah tempoh aku bekerja di sini. Sebenarnya rancangan macam tu lah. Tapi bila di fikir-fikirkan balik, aku sayang nak benti. Masa mula-mula aku keje sini, aku cukup rasa tak suke. Tapi lama-lama, aku mula rasa seronok nye nak pegi keje. Hmmm... Ni pun entahlah. Nak teruskan ke atau tak. Kalau teruskan, camne nak solat terawih. Seriously, aku akan rindu tempat ni dan budak2 KFC.
Diaorang semua gila-gila sampai penat mulut ni asik bercakap. Mula-mula dulu masuk diam je. Sekarang aku yang paling bising. Haha. Serious ar mmg rindu nanti. Takpe-takpe, nanti tiap-tiap kali aku balik U ke, aku singgah lah kejap KFC. :)
No comments:
Post a Comment