Photobucket

Friday, July 8, 2011

Bosan Bila Persoalkan Tentang CINTA


Manusia, mane boleh hidup tanpa cinta. Tapi bila dah bercinta, mula-mula memang dalam awang-awangan. Orang sekeliling pun tak peduli, cuma hanya ada kau dan aku. Tapi bila dah break up, banyak lah luahan hati yang selalu di post kan di facebook atau laman sosial lain.

Dan kisahnya berulang lagi bila sudah jumpa pegganti yang baru. Mula-mula memang okay. Lama-lama memang hampeh. Couple, putus, jumpa orang lain, couple, putus lagi, jumpa orang lain lagi. Beterusan sampai macam tu je. Sehingga aku merasakan bosannya hidup dalam bercinta ni. Tak pernah kekal dengan orang yang sama. Balik-balik melayan perasaan.

Sebab tu aku mengatakan, kita tak layak nak kata kan lelaki itu terbaik untuk kita, sedangkan hanya Allah sahaja yang tau kebenarannya. Jadi, mewujudkan cinta melalui couple, bagi aku tak perlu kerana manusia penuh dengan janji palsu.

Cinta membuatkan kita bahagia, dan membuatkan kita derita. Bila dah break up, parut dalam hati masih ada dan membuatkan airmata sentiasa mengalir. Sebab tu jugaklah aku terfikir kenapa Allah tu melarang kita bercouple.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...