Photobucket

Friday, May 27, 2011

BOYFRIEND? Menyemak jelah.

Fuhh.. Betapa keras nya hati aku di situ ye. Haha! Actually, aku bosan lah couple2 ni? Tak abiz-abiz melayan perasaan. Taj abiz-abiz sedih, menangis. Adoii.. Macam takde life jekan. Kadang-kadang, aku terasa bosan dengar masalah cinta orang ni. Dulu aku suka lah, pasal stil ada boyfriend lagi. Sekarang dah takde, malas nak dengar lah kan.

Tapi sebenarnya, dulu aku lah salah seorang yang penah berkata, aku takkan give up mencari cinta sejati walaupun banyak kali ati di sakiti. Tapi sekarang, aku dah tuka pemikiran tu. Dan terima kasih jugak kat Allah kerana menyedarkan aku bahawa couple itu DOSA. Bukan senang tau nak tinggalkan boyfriend or girlfriend macam tu je atas alasan, couple tu dosa. Pasangan kau konfem tak boleh terima punya.

Mula-mula, aku pun berfikiran macam tu. Apa punye alasan lah. Tapi bila dah lama-lama, aku dapat rasa yang sebenarnya alasan itu betul. Sebab tu sampai sekarang aku dah tak nak couple lagi. Dah cukup dah kumpul dosa selama ni. Banyak betul maksiat nya. Maksiat hati pasal dok rindu je, maksiat mulut pasal asik beborak 24 jam. Maksiat tangan pasal 24 jam asik main mesej je. Maksiat mata pasal bila dating dok tengok dia. Maksiat fikiran pasal asik terbayang muke dia. Adoi... Banyak betol maksiat ni. Cube kita kira2, gler banyak dapat.

Kepada yang bercinta tu, silakan lah bercinta dulu. Rasa lah dulu. Mudah-mudahan satu hari nanti sedarlah. Jangan tak sedar pulak.

Semua orang nak rasa di sayangi dan di miliki. Tapi bila dah pertengahan, something changing. Mula lah wat status kat FB. Dulu aku gitu gak. Kat MySpace lah. Haha! Tapi sekarang aku rasa annoying gler.

Dan aku ni susah sikit nak pecaya cakap lelaki ni. Memang cukup tak percaya. Jarang lah aku tengok lelaki ni patuh janji dia. Lagi-lagi kalau lelaki cakap " saya akan jaga awak baik-baik dan takkan luka kan ati awak". Pooodaahhhh! Menipu je lebih. Yang bila dengar dok tersenyum-senyum. Padahal mati-mati kene tipu. Haha!

Entahlah, aku beranggapan semua lelaki macam tu. Mungkin pintu hati aku ni dah tertutup kot. Aku pun kene keras kan hati pasal tak nak jadi perempuan yang di perbodohkan lelaki. Nanti bila dah jumpa orangnya, tebukak lah balik pintu hati ni. :P


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...