Photobucket

Monday, May 30, 2011

Aku Di Takdirkan Memiliki Keluarga Sebegini

gamba keluarga kecuali akak petama je takde. :P

Kat atas ni keluarga aku ye. Nak cerita lah sikit. Mak aku ni tak suke kalau anak perempuan dia keluar dengan lelaki. Dia mmg cukup marah lah. Masa zaman jahat aku dulu ( macam baik je sekarang ni ), masa aku ade pakwe lah, aku selalu keluar dating senyap-senyap. Yelah, nak bagitahu takut dia marah.

Aku pelik, kenapa ye agaknya mak aku tak bagi? Kenapa aku tgk mak orang lain okay je? Bukan setakat nak keluar dengan laki je tak boleh, tapi lelaki nak datang rumah pun tak boleh walaupun nak belajar. Kalau datang pun tak boleh, lagi kan nak masuk rumah kan. Kecuali nak beraya je boleh. Aku selalu tertanya-tanya dulu. Kenapa ye?

Lama-lama tu, bila usia dah semakin meningkat ni kan, baru aku dapat jawapan nya. Jawapannya bukan lah datang dari mulut mak aku. Ni pasal aku dah matang lah, dah boleh fikir sendiri. Sebenranya aku bersyukur mak aku didik aku dengan cara macam tu.

Masa curi keluar dating dulu, hati ni sentiasa rasa tak tenang. Rasa macam ada orang perhatikan je. Aku dating tak penah lebih dari pukul 7 malam. Sebelum pukul 7 aku akan balik. So, dari situ aku bersyukur sangat pasal aku tak penah keluar dengan laki sampai malam.

Dulu aku agak tak puas hati lah mak aku macam ni. Tapi lama kelamaan, aku rase patut pun mak aku macam ni. Dari sebab ni lah batas pergaulan aku dengan lelaki terjaga. Kadang-kadang aku tengok sekarang lelaki dengan perempuan dah takde kesah dan dah tak peduli pun laki sentuh dia. Saje-saje cubit pipi, saje-saje pukul-pukul, bertepuk tampar. Bila aku tengok depan mata aku sendiri, serius aku cakap, sedih gila.

Kenapa ek zaman sekarang jadi macam ni? Perempuan rasa dah takde benda kalau laki sentuh dia. Mana maruah kau wahai perempuan? Aku sendiri rasa malu kaum aku macam ni. Lelaki lagi lah tak kesah kalau perempuan sentuh dia. Tapi aku respek ar kat laki yang marah balik perempuan yang sentuh dia tu. Memang aku tabik! Kalau nak begurau2 dengan aku, jangan sampai nak sentuh-sentuh ye. Memang nak kene dengan aku.

Selama aku berdating lah, aku tak pernah bertenggek atas motor dengan pakwe aku dan tak pernah naik kereta dengan dia. Aku sangat3 bersyukur yang aku boleh elakkan benda tu sampai sekarang. Walaupun hanya KAWAN, aku memang tak suke naik motor atau kereta dengan lelaki bedua je. Sampai sekarang masih aku kekalkan benda ni. Walaupun ada yang mengajak, tapi aku tolak pasal memang bukan cara aku nak naik motor atau kereta dengan lelaki. Selagi ada kenderaan awam, selagi tu aku akan gunakan walaupun leceh.

Dulu penah aku terfikir, dah masuk U nanti aku bebas nak buat apa. Nak dating pun takde masalah. Tapi syukur Alhamdulillah Allah tu beri kesedaran dekat aku. Jadi takdelah aku nak menipu mak aku lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang aku buat selama ni. :)

Aku boleh di kira hidup dalam keluarga yang senang lah. Nak apa semuanya nak dapat. Aku bersyukur Allah kurniakan aku keluarga macam ni. Sekarang kan aku keje kat KFC. Paling last pun orang akan balik pukul 11 malam. Ada jugak perempuan yang takde kenderaan nak balik. So, dia pun tumpang lah naik motor dengan laki. Kalau dah terdesak macam tu nak wat macam mane kan. Takkan nak balik jalan kaki malam-malam. Sebab tu aku bersyukur, aku takde masalah transport. Bila-bila masa je ayah aku atau mak aku boleh datang ambil. :)

Masa aku cari kerja KFC ni pun, mak aku temankan aku. Sampai aku tengah inteview pun dia sibuk nak ada sekali. Haha. Aku dah cakap dah, mama tunggu lah luar. Dia tak nak, dia kate dia duduk jauh-jauh. Haha. Kemana aku pergi, nak pergi ambil aku kat stesen bas ke, nak hantar pegi mana-mana ke, nak uruskan apa-apa ke, mak dan ayah aku sentiasa ada.

Terima kasih Allah kerana kurniakan aku keluarga macam ni. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...