Photobucket

Saturday, May 21, 2011

Clever VS Stupid


Kenapa ye kat dunia ni ade orang yang pandai dan ade orang yang bodoh? Hmm.. Mesti tertanya-tanya kan. Orang yang bodoh mesti selalu terfikir, kan best kalau aku jadi pandai. Walaupun dia berusaha macam mana pun, kalau dah tuhan tentukan dia tak dapat apa yang dia nak, mesti dia kecewa. Kadang-kandang orang yang bodoh ni tak boleh terima kenyataan, " kenapa aku bodoh? kenapa aku tak macam orang lain?"

Bagi orang pandai pula, dia tak perlu risau apa-apa dah lah. Pasal dah memang pandai. Tapi ape yang aku nampak kat orang pandai ni, dia tak boleh nak terima kalau tak mencapai target dia. Hmm.. Payah macam ni. Tambah pula, ada orang yang dapat 7A's atau pointer dah nak dekat 4 flat ada yang bunuh diri. How come??

Bagi yang gifted pula. Dia di lahirkan di dunia ni memang sangat bertuah. Orang yang gifted tak perlu nak usaha banyak sangat. Tupp tupp, result habis gempak. Kalah orang yang berusaha macam nak gila sampai tak tido malam. Akhir sekali, keputusan berbeza dengan orang lepak saja keje dia.

Aku percaya, semua orang kat dunia ni nak jadi pandai, lebih-lebih lagi gifted. Kan best. Tak payah usaha, result gempak. Selalu dapat anugerah.

Pendapat aku, bagi orang yang bodoh ( kasar gila bahasa nya :P), aku tau dia sentiasa berusaha. Bukan tak langsung. Tapi kalau dah qada' dan qadar dan menentukan tulah result yang akan dia dapat, kene redha jelah. Kita tak boleh nak salahkan takdir. Perasaan memanglah hancur bekecai dan banyak pertanyaan, " apsal aku dapat macam ni?". Kadang-kadang, kita terasa tercabar dengan kawan-kawan kita yang pandai-pandai tukan. Tapi, terimalah dengan hati yang terbuka kalau tu yang kita dapat. Mungkin rezeki kita bukan dekat situ. :)

Pesanan aku bagi orang yang pandai. Tahniah lah kerana anda seorang yang pandai. Ramai kat dunia ni nak jadi macam anda. Tapi malangnya tak dapat. Tapi kalau dah selalu dapat tinggi je, tiba-tiba ada satu masa tu turun. Jangan lah sampai nak bunuh diri lah ape lah. Ingatlah, kita takkan sentiasa berada di atas. Kadang kala kita akan kecundang juga. Jangan terlalu frust dan maki-maki kalau anda rasa tu tak sepatutnya yang anda dapat. Sebaliknya sebutlah "ALHAMDULILLAH".Apa yang anda dapat, itulah yang terbaik bagi anda. Sebenarnya Allah tentukan macam tu pasal Allah tak nak hambanya merasa riak kalau sentiasa berada di atas. Allah nak sedarkan hambanya jika dia menjatuhkan anda sekali sekala.

Akhir kata, apa yang Allah tentukan kepada kita, ucaplah Alhamdulillah walaupun keputusan tu tak berapa baik. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...