
Aku pun menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menjerit memanggil ku.
"Awak.."
"Eh..Kenapa dengan awak ni, Aiman? Berlari2 panggil saya." Jawab ku.
"Semalam awak tak datang kelas kan? Saya nak bagi nota-nota yang awak tak salin semalam.Nahh... Saya dengar awak tak datang semalam pasal demam."
"Tapi awak..." Aku kebingungan.
"Lusa jangan lupa bagi balik ya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.."
"Wa..alaikummussalam..."
Dia pun terus berlari. Aku pun tidak tahu apa yang di kejarkan. Tetapi aku sangat bingung dan tertanya-tanya kenapa dia memberikan aku nota-nota semalam padahal aku sesekali tidak meminta.
..............................................................................
"Assalamualaikum, awak."
"Waalaikummussalam." jawab ku.
"Awak.. Mintak maaf ya saya bertanya. Dalam kelas tadi, saya nampak awak macam tak faham apa yang pensyarah ajar. Kalau awak tak faham, saya boleh ajarkan. Kalau awak rasa awak tak tahu nak minta tolong sesiapa lah." jelas Aiman.
"Oo..Memang saya tak faham pun. InsyaAllah, kalau kawan-kawan saya pun tak tahu nak ajar, saya minta tolong awak.Okay? "
"Okay?"
"Terima kasih,ya."
Memang aku agak susah untuk memahami apa yang pensyarah ajar di dalam kuliah. Aku cuba sedaya upaya ku untuk memahami tetapi aku gagal juga.
Arini aku mengikuti satu ceramah. Aku melihat Aiman ada sekali. Tak silap aku sebelum ini pun aku selalu nampak dia.
Hari demi hari, aku rasakan hati ini bertaut padanya. Aku suka sikap yang di tunjuk oleh nya. Tetapi perasaan ini aku biarkan rahsia.
........................................
"Ring..ring..ring..." bunyi mesej masuk.
" Assalamualaikum.. saya ada sesuatu nak beritahu awak."
"Apa dia?"
"Awak free tak esok? Saya nak berjumpa dengan awak."
"Apa yang penting sangat sampai nak berjumpa dengan saya?"
"Emm..Kalau awak tak ada masa tak apa lah."
"Esok pukul 3 petang saya free. Jumpe sekejap je kat kafe ya."
"Okay."
Aku tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang penting sangat sampai nak kena berjumpa? Aku hanya memikirkan positif saja. Pukul 3 petang keesokkan harinya, aku pergi berjumpa dia.
"Ada apa ni?"
"Saya sebenarnya nak beritahu yang saya suka dekat awak. Jadi saya kalau boleh nak couple dengan awak. Boleh?"
"Awak... macam ni lah. Kalau kita suka pada seseorang, tu tak salah. Pasal untuk lumrah semula jadi yang Allah beri pada hambanya. Saya suka awak. Saya suka sikap awak, cara awak. Tapi maafkan saya, saya tak boleh terima awak kerana saya tak nak awak peroleh cinta yang haram oleh saya. Dan saya pun tidak mahu bercinta secara haram. Kalau awak rasa saya lah perempuan yang awak nak buat isteri, sila lah jumpa mak ayah saya. Mintalah izin mak ayah saya sebelum meminta izin saya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.."
.....................................
Sejak dari itu, aku langsung tidak mendengar kabar berita nya. Mungkin dia tersinggung ataupun kecewa. Tetapi lebih baik aku menolak cinta dia daripada aku di murka Allah. Sekarang aku sudah 2 tahun bekerja.
"Ring..ring..ring.." telefon ku berdering.
"Assalamulaikum, Lina. Mak nak bagitahu ni. Ada orang datang meminang kamu tadi. Kamu boleh balik rumah tak? "
" Siapa tu mak?"
"Entahlah."
"Yelah kalau macam tu. Abiz kerja saya balik ya mak.Assalamulaikum."
"Waalaikummussalam."
Setelah aku balik ke rumah, mak menunjuk gambar lelaki yang masuk meminang ku. Ya Allah!! Aku terkejut melihatnya. Sungguh aku tak sangka dia orangnya.Mungkin dia lah jodoh aku sebenarnya.
Aku pun menerima pinangan nya. Alhamdulillah, sekarang ini kami sudah 3 tahun berumah tangga. Aku hidup bahagia bersama dia. Dia menceritakan kepadaku. Sepanjang kehilangan dia, dia mempersiapkan diri dia untuk bergelar seorang suami yang soleh di dalam rumah tangga. Dia belajar secukupnya untuk dia boleh melabuhkan cintanya lebih kepada Allah. Selama aku berkahwin dengannya, dia cukup mendidikku dengan penuh ilmu agama dan membimbing aku menjadi isteri solehah. Alhamdulillah..
Tiada cinta yang indah selain cinta yang di redhai Allah. Cinta yang suci apabila kita melabuhkan cinta kepada pasangan kita kerana Allah. Sesungguhnya, cinta Allah itu amat indah sekali.Rebutlah cinta Allah, wahai manusia, jika kau ingin memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment